HERBANIKA SET BERSALIN
DARI NONA ROGUY (NR)
HARGA PASARAN : RM365.00
NAK HARGA TAWARAN ?????
SMS
/ WHATSAPP 012-4348281
Herbanika Set Bersalin dari Nona Roguy adalah rumusan
tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa
untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ianya
juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh
berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau
pembedahan.
Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan
dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan
badan.
Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan
hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona
Roguy (NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf
piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan.
PRODUK YANG TERDAPAT DALAM RANGKAIAN HERBANIKA SET
BERSALIN DARI NONA ROGUY:
1.
PHYTONATAL 90 TABLET (MAL
05090043T).
2.
KRIM HERBANIKA BARUT 60G
(MAL 20014436T).
3.
HERBANIKA LULUR 100G (MAL
19985761T).
4.
MINYAK HERBANIKA 100ML (MAL
19985762T).
5. UNCANG CUCI HERBANIKA 10 T-BAG (MAL19985763T).
6. AKAR HERBANIKA 10 T-BAG
(MAL 19972865T).
PHYTONATAL 90 TABLET (MAL 05090043T)
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan
dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
KHASIAT PHYTONATAL
- Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah
kotor dalam badan.
- Melawaskan pembuang air kecil & besar, mengatasi masalah
sembelit, kepenatan, migrain dan angin.
- Mengimbangi kembali sistem badan.
- Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan.
CARA GUNA PHYTONATAL
1. Kelawasan biasa – makan 2 – 3 biji 1 kali sehari.
2. Terlalu lawas (Sensitif) – makan 1- 2 biji 1 kali sehari.
3. Tidak lawas (Sembelit) – makan 3 – 5 biji 1 atau 2 kali sehari.
KRIM HERBANIKA BARUT 60G (MAL 20014436T)
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot
perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk
membantu melegakan sakit sendi dan otot.
KHASIAT KRIM HERBANIKA BARUT
- Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
- Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan
kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
- Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang.
CARA GUNA KRIM HERBANIKA BARUT
- Digunakan dua (2) kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi
dan pada sebelah malam (sebelum tidur).
- Sapu Krim Herbanika Barut ke seluruh perut dan pinggang.
- Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Krim Herbanika Barut ke
pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
- Pakailah bengkung.
- Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
- Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di
atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
- Pakai sepanjang malam.
HERBANIKA LULUR 100G (MAL 19985761T)
Digunakan secara tradisional sebagai penyental kulit untuk
mengurangkan bintik-bintik hitam, untuk kehalusan, kesihatan dan
kebersihan kulit.
KHASIAT HERBANIKA LULUR
- Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan
otot-otot.
- Seperti rheumatism, arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau.
- Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan
badan.
- Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik.
- Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di
otot, urat saraf serta urat timbul.
- Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut
hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.
CARA GUNA HERBANIKA LULUR
1. Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai
lulur seluruh badan seperti berikut:
2. 1–2 sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air panas suam
serta sedikit air florida (supaya serbuk lulur tidak bertempek).
3. Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan,
lengan dan belakang.
4. Sapu kaki dan tapak kaki dengan air dan pakai stokin yang tipis.
MINYAK HERBANIKA 100ML (MAL 19985762T)
Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan
otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut
akibat mengandung, melegakan batuk dan sakit anggota badan, sakit otot dan
sendi, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.
KHASIAT MINYAK HERBANIKA
- Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot.
- Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi.
- Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan
kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
- Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang
kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
- Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang
roma badan.
CARA GUNA MINYAK HERBANIKA
BERSALIN SECARA NORMAL
1. Sapukan Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan
celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urut.
2. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.
BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN (CESAREAN)
Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan
bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau
bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.
BENGKAK PAYUDARA
Urut Minyak Herbanika ke kawasan payudara dan dengan lembut, tekan puting
untuk mengeluarkan susu.
Jika bengkak, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan letakkan
ke kawasan bengkak. Ulang sehingga payudara lembut.
Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di payudara.
Bersihkan puting sebelum menyusu bayi.
UNCANG CUCI HERBANIKA 10 T-BAG (MAL19985763T)
Digunakan secara tradisional sebagai air cebok untuk kebersihan
kesihatan dan kesegaran wanita untuk melegakan keputihan dan gatal-gatal
ringan.
KHASIAT UNCANG CUCI HERBANIKA
- Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit
kulit, buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan. Sesuai untuk masalah buasir,
hydroterapi dan compress.
CARA GUNA UNCANG CUCI HERBANIKA
1. Rendam 2 Uncang Cuci Herbanika dalam 1/2 liter air panas mendidih.
2. Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba.
3. Boleh memasukkan 2 sudu besar garam ke dalam air herba.
4. Kemudian masukkan sedikit air biasa supaya panasnya tidak melecurkan
kulit.
5. Guna airnya untuk mencebok atau menggunakan kapas untuk mencuci alat
peribadi wanita.
6. Boleh diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.
AKAR HERBANIKA 10 T-BAG (MAL 19972865T)
Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan
terutama ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguatkan dan menyegarkan anggota
badan, juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita untuk
mengurangkan air berlebihan dalam badan dengan melawaskan pembuangan air
kecil, membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit
sendi. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.
KHASIAT AKAR HERBANIKA
- Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit
sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
- Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
- Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan
dalam badan.
CARA GUNA AKAR HERBANIKA
1. Rebus 1 uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga
keluar pati teh herba.
2. Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber
tenaga.
3. Minum suam panas 3–4 cawan sehari.
4. Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
5. Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5
paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter
air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
6. Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.